Profil Jabatan Pengurusan Sumber Manusia

Background Department

Sejak ditubuhkan pada tahun 1970, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia (JPSM) telah mengalami beberapa perubahan dari segi status Jabatan. Walau bagaimanapun, perubahan ini tidak melibatkan perubahan fungsinya. Antara fungsi tradisi JPSM yang telah sekian lama dilaksanakan ialah perancangan guna tenaga Manusia, pelantikan dan penempatan kakitangan, perkhidmatan, pembangunan prestasi, pembangunan modal insan, Pengurusan hal ehwal kebajikan, kaunseling dan persaraan.

Kini, selaras dengan perubahan persekitaran global, JPSM menghadapi cabaran besar dalam membentuk modal insan yang berkualiti bagi memastikan DBKL menjadi sebuah organisasi yang berdaya saing. Oleh itu, JPSM menggalas tanggungjawab yang besar untuk menyediakan warga kerja yang kompeten bagi memastikan visi dan misi DBKL tercapai.

Selain melaksanakan fungsi-fungsi tradisi, JPSM telah diberi tanggungjawab sebagai urus setia kepada program-program peningkatan prestasi DBKL, program peningkatan budaya inovasi dan program peningkatan imej DBKL.

Bagi program peningkatan prestasi DBKL, JPSM bertanggungjawab melaksanakan MS ISO 9001 : 2008, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Sistem Pengurusan Kerja Melalui Amalan 5S. Program peningkatan budaya inovasi pula dilaksanakan melalui penubuhan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di setiap Jabatan/unit dan program penjanaan idea inovasi daripada setiap Jabatan, kumpulan atau individu. Pasukan KIK diberi pengiktirafan semasa Konvensyen KIK peringkat DBKL dan idea inovasi pula diberi pengiktirafan pada Hari Inovasi peringkat DBKL.

Disamping itu, JPSM juga bertindak sebagai urus setia kepada program-program yang meningkatkan imej DBKL seperti Sistem Penggredan PBT (Star Rating) dan Anugerah Inovasi PBT dan lain-lain anugerah yang dipertandingkan.

Vision

Warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang kompeten menjelang tahun 2020.

Mision

Melaksanakan fungsi Pengurusan Sumber Manusia dengan cekap dan berkesan berasaskan pelaksanaan amalan pengurusan terbaik.

Contact Us

Functions

  1. Merancang keperluan sumber manusia dan pembangunan organisasi DBKL
  2. Merancang dan menguruskan perjawatan, pengambilan, peminjaman dan penempatan pegawai DBKL
  3. Menguruskan dan melaksanakan urusan peperiksaan pegawai DBKL yang merangkumi Peperiksaan Perkhidmatan dan Program Transformasi Minda (PTM)
  4. Menguruskan maklumat dan rekod perkhidmatan pegawai DBKL
  5. Menguruskan penilaian prestasi, kenaikan pangkat dan anugerah pegawai DBKL
  6. Melaksanakan urusan berkaitan pengesahan dalam perkhidmatan dan persaraan pegawai DBKL
  7. Menguruskan dan melaksanakan urusan berkaitan kemudahan pegawai DBKL yang merangkumi cuti, elaun, biasiswa, pinjaman pelajaran, kenderaan, computer, perumahan, kuarters dan rumah rehat
  8. Merancang dan mengruuskan persekitaran tempat kerja yang sihat dan selamat di DBKL
  9. Mengurus hubungan majikan dan pekerja yang harmoni melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
  10. Mengurus program pembangunan kendiri dan kaunseling pegawai DBKL
  11. Mengurus dan melaksanakan urusan berkaitan hal-ehwal kebajikan pegawai DBKL yang merangkumi sumbangan kebajikan, insurans dan ex-gratia
  12. Melaksanakan dan menguruskan program pembangunan kualiti dan inovasi
en_GBEN