Profil Jabatan Perancangan Bandaraya
Background Department
Penstrukturan baru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Ogos 2015 telah menggabungkan Jabatan Perancangan Bandar dengan Jabatan Perancangan Fizikal. Jabatan baharu ini dinamakan Jabatan Perancangan Bandaraya (JPRB).
Jabatan Perancangan Bandaraya (JPRB) terbahagi kepada 3 Sektor Utama seperti berikut :
1.Sektor Perancangan Fizikal
(Bahagian Perancangan Pelan Pembangunan)
- Seksyen Perancangan Pelan Struktur
- Seksyen Perancangan Pelan Tempatan
- Seksyen Pengurusan Maklumat & GIS
2.Sektor Kawalan Development
(Bahagian Penilaian Perancangan)
- Seksyen Penilaian Perancangan I
- Sekyen Penilaian Perancangan II
- Seksyen Pengurusan Pengeluaran Perintah Pembangunan
- Seksyen Pelan Pra Hitungan dan Kediaman Kecil
(Bahagian Urusetia Pusat Setempat)
- Seksyen Penilaian Landskap
- Seksyen Sekretariat OSC
- Seksyen Permohonan
- Seksyen Pentadbiran
- Seksyen Pemantauan & Pengeluaran Surat Keputusan
3.Sektor Penyelidikan & Penyelarasan Pembangunan
(Bahagian Perancangan & Pembangunan Mampan)
- Seksyen Hubungan Strategik & Perundangan
- Seksyen Penyelidikan & Penyelarasan Perancangan
- Seksyen Perancangan Khas
- Seksyen Kesejahteraan Bandar
Vision
Menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia menjelang tahun 2020 melalui perkhidmatan perancangan yang dinamik.
Mision
Merancang pembangunan Kuala Lumpur melalui Pelan Pembangunan yang berkualiti melalui perkhidmatan Kawalan Perancangan yang cekap, efektif dan telus.
Contact Us
- Telefon: 03-2617 9677 / 9675/9674
- Faks: 03-2691 0144
- Emel: jprb[at]dbkl[dot]gov[dot]my
- Alamat: Tingkat 9, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
OBJECTIVE
- Melaksanakan perkhidmatan Kawalan Perancangan bertepatan dengan wawasan, dasar dan strategi Pelan Struktur Kuala Lumpur.
- Mewujudkan saluran komunikasi dua hala yang efektif di antara JPRB dengan orang awam.
- Memastikan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi kehendak pelanggan.
- Memastikan pegawai dan kakitangan JPRB diberi latihan yang secukupnya bersesuaian dengan bidang tugas masing-masing.
FUNGSI JABATAN
- Pengurusan Pelaksanaan Pelan Struktur Kuala Lumpur
- Pengurusan Pelaksanaan Pelan-Pelan Tempatan
- Kawalan Perancangan Pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Urus Setia Pusat Setempat (OSC) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Penyediaan Garis Panduan Perancangan
- Menyelaras Ulasan Perakuan Perancangan Bagi Permohonan dan Penyewaan Tanah Kerajaan, PTP dan DBKL
- Perancangan Bandar Mampan
- Pengurusan Maklumat dan Data Perancangan
CLIENT CHARTER
1. Menyemak semula Pelan Struktur Kuala Lumpur dalam tempoh 10 tahun selepas pelan diwartakan.
2. Menghasilkan draf semakan Pelan Struktur Kuala Lumpur dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pelantikan perunding.
3. Menghasilkan draf semakan sebahagian daripada Pelan Tempatan yang telah diwartakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan Datuk Bandar.
4. Mengeluarkan keputusan kepada pemohon bagi cadangan pembangunan yang diterima di Urusetia Pusat Setempat tidak melebihi dari tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengikut jenis permohonan seperti berikut :
Bil | Jenis Permohonan | Tidak melibatkan proses pelawaan bantahan Kaedah 5 | Melibatkan proses pelawaan bantahan Kaedah 5 |
i. | Permohonan 4 serentak | 111 hari | 139 hari |
ii. | Permohonan 3 serentak (yang melibatkan perihal tanah) | 111 hari | 139 hari |
iii. | Permohonan 3 serentak (yang tidak melibatkan perihal tanah) | 80 hari | 108 hari |
iv. | Permohonan 2 serentak (yang melibatkan perihal tanah) | 108 hari | 139 hari |
v. | Permohonan 2 serentak (yang tidak melibatkan perihal tanah) | 80 hari | 108 hari |
vi. | Kelulusan Kebenaran Perancangan | 57 hari | 108 hari |
5. Mengeluarkan kelulusan pelan pembangunan landskap dalam tempoh 45 hari daripada tarikh permohonan diterima.
6. Mengeluarkan perakuan keatas permohonan tanah kerajaan kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) Kuala Lumpur dalam tempoh 30 hari dari tarikh menerima surat permohonan daripada PTGWP.
7. Mengeluarkan data perancangan tidak terperingkat dalam tempoh 14 hari dari tarikh menerima permohonan.
8. Mengeluarkan Perintah Pembangunan dalam tempoh 15 hari selepas pemohon mematuhi senarai semak Pasca JKTPS/JKPS.
ORGANISATION CHART