Kawalselia Pengagihan Makanan Kepada Gelandangan Di WPKL

Berkuatkuasa serta merta, pengagihan sumbangan barangan atau makanan kepada gelandangan SECARA TERUS di lapangan oleh NGO / Kumpulan / Individu tidak lagi dibenarkan.
 
Namun begitu pengagihan ini masih boleh diteruskan melalui 2 Pusat Gelandangan dan 1 Pusat Komuniti sediada. Mereka yang ingin menyumbang perlu menghubungi talian 03 2617 6321 terlebih dahulu bagi tujuan penjadualan.
 
Kawalselia ini dilaksanakan bagi mengelak berlakunya pembaziran serta untuk mengekang penularan virus Covid-19.
 
Mereka yang gagal mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.
 
Teruskan usaha untuk menyumbang tetapi patuhi peraturan.
en_GBEN