Kenyataan Bagi Pendaftaran Kerja Undi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dijangka akan melaksanakan kerja-kerja undi dalam masa terdekat. Di samping itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga sedang menambah baik proses pendaftaran kerja undi secara atas talian.

2.     Oleh yang demikian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa mana-mana pembekal yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai kontraktor kerja undi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada 3 Disember 2021, sebelum atau pada jam 4.30 petang di kaunter Bahagian Pengurusan Perolehan di Tingkat 32, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300, Kuala Lumpur. Permohonan pendaftaran selepas tarikh yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

3.    Pendaftaran ini perlu diisi oleh pegawai yang ditauliahkan dalam dokumen-dokumen di para iv dan v berikut:

(i) Salinan Kad Pengenalan,
(ii) Cop Syarikat,
(iii) Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK),
(iv) Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK),
(v) Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB), dan
(vi) Salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

4.    Permohonan yang tidak mematuhi syarat di para 3 yang ditetapkan dalam kenyataan ini akan ditolak.

5.    Kepada pembekal yang telah mendaftar sebagai kontraktor kerja undi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tuan / puan diminta hadir ke kaunter Bahagian Pengurusan Perolehan di Tingkat 32, Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, 50300, Kuala Lumpur untuk mengambil kad undi yang telah disiapkan selewat-lewatnya 9 Disember 2021 jam 12.00 tengah hari

6.    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Perolehan di talian 03-2617 6711 atau emel kepada eperolehan@dbkl.gov.my.

DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
Tarikh Iklan    : 26 November 2021
Laman Web    : www.dbkl.gov.my 

en_GBEN