Kenyataan Iklan Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) Bil. 2/2021

Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL), Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta (DBKL) mempelawa Syarikat Pengurus Harta yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut :-

TAJUK SYARAT KELAYAKAN EJENTARIKH IKLAN DIBUKA DAN DITUTUPHARGA DOKUMEN
Pelantikan Ejen Pengurusan Bagi Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Desa Rejang Pejabat Kecil, Perumahan Awam Desa Rejang, Tingkat Bawah Blok E, Persiaran Rejang, Setapak Jaya, 53300 Setapak, Kuala Lumpur Untuk Tempoh Tiga (3) TahunBerdaftar Dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH)

Dan/Atau

Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Tarikh Tawaran Dibuka
23 Ogos 2021 (Isnin)

Tarikh Tawaran Ditutup
6 September 2021 (Isnin)
RM 50.00
Pelantikan Ejen Pengurusan Bagi Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Seri Kelantan Blok 162 & 164, 162L, Tingkat Bawah Blok B, Perumahan Awam Seri Kelantan Jalan Sentul Pasar, 51000 Sentul, Kuala Lumpur Untuk Tempoh Tiga (3) TahunBerdaftar Dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH)

Dan/Atau

Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Tarikh Tawaran Dibuka
23 Ogos 2021 (Isnin)

Tarikh Tawaran Ditutup
6 September 2021 (Isnin)
RM 50.00

1. Pembelian dokumen tawaran boleh dibuat di kaunter perolehan Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur dengan mengemukakan resit bayaran dokumentasi yang dibayar secara tunai sahaja.

2. Untuk pembelian dokumen tawaran diwajibkan membawa :-

(i) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Yang Dikeluarkan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Malaysia Dan Pengurus Harta Malaysia Atau:,

(ii) Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Yang Dikeluarkan Oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

3. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam peti yang disediakan di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

4. Pesuruhjaya Bangunan Kuala Lumpur (COBKL) tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

    • Untuk makluman dalam tempoh Perintah kawalan pergerakan (PKP) kaunter pembayaran DBKL di buka setiap hari bekerja dari jam 8.30 Pagi Sehingga 12.00 Tengahari sahaja.

       

    • Pihak Kontraktor hendaklah menghubungi kaunter Bahagian Pengurusan Perolehan di talian 03- 26176711 / 03- 26176718 / 03-26176715 apabila sampai di lobi Menara DBKL 3 bagi urusan pembelian dokumen.
en_GBEN