Kenyataan Sebutharga Bil. 16/2021

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Bumiputera KKM yang beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dan juga CIDB beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai kod bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:

Senarai sebutharga seperti di lampiran  << Sila Klik DI SINI >> 

  1. Bagi Pembelian Dokumen sebutharga, Petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara ’Online’ di laman https://eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan Sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran.

  2. Pendaftaran kontraktor secara online perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan:

    i. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),

    ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan(SPKK),

    iii.Sijil Perakuan Pendaftaran(CIDB),
    iv.
    Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan  Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

    Memandangkan operasi kaunter Bahagian Pengurusan ditutup sementara dalam tempoh PKP 3.0 ini, pihak kontraktor diminta hadir ke kaunter bagi tujuan pengesahan pendaftaran selepas tempoh PKP 3.0 berakhir.

  3. Dokumen sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Sebutharga dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  4. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 yang dikuatkuasakan, bagi perolehan ini petender DIBENARKAN untuk menghantar dokumen sebutharga menggunakan perkhidmatan pos DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang telah ditetapkan. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  5. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  6. Sekiranya petender tidak mendapat sebarang jawapan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup maka tawaran dianggap tidak berjaya.
en_GBEN