Kenyataan Tender Bil. 11/2021

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

BIL. TENDERBUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDERTARIKH TENDER DIBUKA DAN TENDER DITUTUPHARGA DOKUMEN (RM)
2021/A101
Supply, Delivery, Installation, Commissioning, Operation And Support Services Of HCI Storage For Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
210101 Atau 210102 Dan 210103
Tarikh Tender Dibuka
19 Julai 2021 (isnin)

Tarikh Tender Ditutup
18 Ogos 2021 (Rabu)

300
2021/A102Kerja-Kerja Membekal, Menanam Dan Pengindahan Landskap Di Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala LumpurBumiputera Berdaftar Dengan KKM
Kod Bidang
070101 Dan 070102 Dan 070201 Dan 221002 Dan 222102 Dan 222104
Tarikh Tender Dibuka
19 Julai 2021 (isnin)

Tarikh Tender Ditutup
18 Ogos 2021 (Rabu)

300
2021/A103Cadangan Ubahsuai Beberapa Ruang Pejabat, Kaunter Dan Lobi Di Aras Bawah Menara DBKL 1 Dan Menara DBKL 2 Di Jalan Raja Laut Untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Reka Dan Bina) (Pra- Kelayakan)Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori B Dan ME
Pengkhususan
B07 Dan M01 Dan E11
Tarikh Tender Dibuka
19 Julai 2021 (isnin)

Tarikh Tender Ditutup
18 Ogos 2021 (Rabu)

300
2021/A104Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Lima Belas (15) Unit Lif Penumpang Di Blok B, C, D, E Dan F Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak Dewan Bandaraya Kuala LumpurBerdaftar Dengan CIDB
Gred G6 Atau G7
Kategori ME
Pengkhususan
M03
Tarikh Tender Dibuka
19 Julai 2021 (isnin)

Tarikh Tender Ditutup
18 Ogos 2021 (Rabu)

350
2021/A105Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Dua Puluh Empat (24) Unit Lif Penumpang Di Blok A, B, C, D, E, G, H & J Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kg Muhibbah Dewan Bandaraya Kuala LumpurBerdaftar Dengan CIDB
Gred G7
Kategori ME
Pengkhususan
M03
Tarikh Tender Dibuka
19 Julai 2021 (isnin)

Tarikh Tender Ditutup
18 Ogos 2021 (Rabu)

350
2021/A106Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Sembilan (9) Unit Lif Penumpang Di Blok 32, 34 Dan 36 Kawasan Perumahan Awam (PA) Seri Tioman 1, Dewan Bandaraya Kuala LumpurBerdaftar Dengan CIDB
Gred G6 Atau G7
Kategori ME
Pengkhususan
M03
Tarikh Tender Dibuka
19 Julai 2021 (isnin)

Tarikh Tender Ditutup
18 Ogos 2021 (Rabu)

350
2021/A107Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Enam (6) Unit Lif Penumpang Di Blok A & B Kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Malaysia Dewan Bandaraya Kuala LumpurBerdaftar Dengan CIDB
Gred G5 Atau G6 Atau G7
Kategori ME
Pengkhususan
M03
Tarikh Tender Dibuka
19 Julai 2021 (isnin)

Tarikh Tender Ditutup
18 Ogos 2021 (Rabu)

350
2021/A108Cadangan Pengindahan Dan Menaiktaraf Penjaja Dan Kawasan Sekitar Jalan Melayu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Reka Dan Bina)(Pra – Kelayakan)Berdaftar Dengan CIDB
Gred G7
Kategori CE Dan B
Pengkhususan
CE01 Dan E16 Dan B04
Tarikh Tender Dibuka
19 Julai 2021 (isnin)

Tarikh Tender Ditutup
18 Ogos 2021 (Rabu)

300
  1. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  2. Bagi pendaftaran syarikat baru di sistem eperolehan DBKL, petender hendaklah mengemukakan sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan pendaftaran sebelum bayaran pendaftaran dan pembelian dokumen dapat dilaksanakan.

  3. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan bagi pengesahan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  4. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  5. Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 yang dikuatkuasakan, bagi perolehan ini petender yang DIBENARKAN untuk menghantar dokumen tender menggunakan perkhidmatan pos berdaftar atau kurier ke Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang telah ditetapkan. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali. Sebarang pertanyaan berkaitan tender perlu dikemukakan melalui emel di eperolehan@dbkl.gov.my.

  6. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.

  7. Untuk keterangan lanjut sila layari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) dan laman sesawang eperolehan DBKL (eperolehan.dbkl.gov.my).

    DATUK BANDAR KUALA LUMPUR
    Tarikh Iklan    :  19 Julai 2021 
    Laman Sesawang    : www.dbkl.gov.my dan eperolehan.dbkl.gov.my
en_GBEN