Kuala Lumpur Regional Training Centre 39

Sempena Sambutan World Metropolitan Day, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam telah menganjurkan satu webinar Kuala Lumpur Regional Training Centre 39 (KLRTC 39) yang pada diadakan hari ini.
 

Webinar yang bertajuk Mainstreaming Nature-Based Solutions in Urban Landscape and Cities” ini mengetengah dan membincangkan konsep, faedah, cabaran serta amalan terbaik pelaksanaaan penyelesaian berasaskan alam semulajadi kepada impak sosial, kesihatan dan pentadbiran bandar.

 

YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah membuka siri kali ini dengan memberi ucaptama berkaitan inisiatif-inisiatif penyelesaian hijau yang telah dilaksanakan di Kuala Lumpur.
 
 Turut membuat pembentangan didalam siri ini adalah ahli panel dari Wetlands International Malaysia, Nanyang Technology University Singapore, Putrajaya Corporation dan Gamuda Parks.
244381766_399521368403225_5937878756421995693_n
240667109_399521311736564_2214299762818637134_n
en_GBEN