March 14th, 2026 by Admin JPRK
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan pengurangan kadar sewaan sebanyak 50 peratus bagi tapak penjaja dan premis tertentu milik DBKL sebagai langkah membantu peniaga kecil menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 10,000 peniaga dan penjaja di Kuala Lumpur, sekali gus membantu mengurangkan beban kos operasi yang dihadapi oleh peniaga mikro di bandar raya ini.
Pengurangan kadar sewaan ini dilaksanakan secara menyeluruh dengan kadar sewaan minimum RM50 sebulan. Walau bagaimanapun, bagi premis yang mempunyai kadar sewaan RM50 ke bawah, kadar tersebut akan dikekalkan seperti sedia ada tanpa sebarang pengurangan.
Inisiatif ini akan berkuat kuasa mulai 1 April 2026 hingga 31 Disember 2027 sebagai langkah sementara bagi membantu peniaga kecil menghadapi cabaran kos sara hidup semasa.
Langkah ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI melalui DBKL untuk memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai bandar yang inklusif, berdaya tahan dan prihatin terhadap kebajikan rakyat.
|
|
|
|
Best user experienced are using Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer 11 or later.
All Rights Reserved. © 2023 - Kuala Lumpur City Hall (DBKL)