Notis Penutupan Sementara Kaunter Bahagian Pengurusan Perolehan

Berdasarkan Pelaksanaan Total Lockdown seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan ekoran masalah penularan wabak Covid-19, Pengurusan DBKL memutuskan bahawa Bahagian Pengurusan Perolehan, Jabatan Pentadbiran akan mengambil langkah keselamatan dengan MENUTUP SEMENTARA PERKHIDMATAN KAUNTER bagi menghalang penularan Covid-19 terhadap kakitangan dan orang awam BERMULA PADA 1 JUN 2021 (SELASA) HINGGA 28 JUN 2021 (ISNIN) ATAU LANJUTAN TEMPOH YANG DITETAPKAN KERAJAAN KELAK.

Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan melalui emel (eperolehan@dbkl.gov.my).

Sebarang perubahan berkaitan perkhidmatan kaunter BPP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

en_GBEN