Notis Trafik : Penutupan Sementara Sebahagian Lorong Kepada Satu Lorong Bagi Laluan Jalan Tun Razak Arah Selatan – Sg Besi / Seremban / Bulatan Kg Pandan / Putrajaya/ KLIA

Penutupan sementara sebahagian lorong Jalan Tun Razak menghala arah ke selatan (Bulatan Kg. Pandan / Sg. Besi / Seremban / KLIA / Putrajaya) bermula 15 Disember 2020 hingga 15 Jun 2021.

Lencongan arah pemanduan adalah sepertimana disertakan.

Penutupan adalah bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan terowong keluar dan masuk Tun Razak Exchange (TRX).

Pemandu dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papantanda tunjuk arah yang diletakkan di lokasi.

Segala kesulitan adalah amat dikesali.

en_GBEN