Operasi Khas Pemantauan dan Pematuhan SOP Di Kawasan Wilayah Bebas Berniaga (WBB)

Kuala Lumpur | Rabu 20 Januari 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah melaksanakan Operasi Khas Pemantauan dan Pematuhan SOP Di kawasan Wilayah Bebas Berniaga (WBB) bertempat di Jalan Rejang 1, Sri Rampai Wangsa Maju dan Jalan Tasik Permaisuri 1, Bandar Tun Razak pada jam 4.00 petang hari ini.
 
Pemantauan dilakukan berhubung dengan inisiatif dari Kementerian Wilayah Persekutuan bagi membolehkan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berniaga bagi meringankan beban bermula 15 November 2020 yang lepas.
 
Aktiviti penjajaan ini dikhususkan kepada mereka yang layak dan keutamaan kepada Warganegara Malaysia sahaja.
 
Berikutan dengan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 di Kuala Lumpur pada 13 Januari 2020, DBKL mula membuat pemantauan bersama agensi sahabat bagi melihat keberkesanan peniaga dan pengunjung dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan DBKL.
 
Dalam operasi khas ini, semua warga Kuala Lumpur termasuk peniaga-peniaga dan pengunjung ke gerai-gerai jualan diingatkan untuk mematuhi SOP yang telah digariskan pihak berkuasa.
 
Kegagalan mematuhi SOP dan arahan yang telah ditetapkan menyebabkan mereka akan diambil tindakan mengikut peraturan dan undang-undang yang dikuatkuaskan agensi berkenaan.
 
Operasi khas ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
Operasi_Khas_Pemantauan_dan_Pematuhan_SOP_Di_kawasan_Wilayah_Bebas_Berniaga
Operasi_Khas_Pemantauan_dan_Pematuhan_SOP_Di_kawasan_Wilayah_Bebas_Berniaga3
Operasi_Khas_Pemantauan_dan_Pematuhan_SOP_Di_kawasan_Wilayah_Bebas_Berniaga2
Operasi_Khas_Pemantauan_dan_Pematuhan_SOP_Di_kawasan_Wilayah_Bebas_Berniaga1
en_GBEN