Operasi Menyelamatkan Gelandangan oleh DBKL

Satu operasi menyelamatkan gelandangan oleh DBKL telah dilaksanakan pada 2 Mei 2021 di sekitar kawasan hotspot pusat bandar Kuala Lumpur. Operasi bermula dari jam 11:00 malam disertai seramai 20 anggota penguatkuasa DBKL.
 
Seramai 58 orang gelandangan telah berjaya diselamatkan di sekitar lokasi Bangkok Bank, Cahaya Suria, Leboh Ampang dan Masjid Negara.
 
Kesemua gelandangan ini telah dibawa ke Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku untuk di dokumentasi dan diberi makanan dan tempat tidur.
 
Bilangan gelandang yang diselamatkan terdiri daripada 51 orang lelaki dan 7 orang wanita. Pecahan adalah seperti berikut:-
 
Bangkok Bank :15 lelaki, 1 wanita;
Cahaya Suria :16 lelaki, 3 wanita;
Leboh Ampang :3 lelaki;
Masjid Negara :3 lelaki; dan
Datang Sendiri :17 lelaki.
 
Usaha menyelamatkan golongan ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa kesemasa.
Operasi_Menyelamatkan_Gelandangan_oleh_DBKL
Operasi_Menyelamatkan_Gelandangan_oleh_DBKL1
Operasi_Menyelamatkan_Gelandangan_oleh_DBKL2
Operasi_Menyelamatkan_Gelandangan_oleh_DBKL4
en_GBEN