Ops Belang Bersama Agensi Sahabat

Kuala Lumpur | Rabu 16 November 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis Trafik Kuala Lumpur (PDRM) dan Jalan Alam Sekitar (JASWPKL) telah melaksanakan Tindakan Khas Bersepadu Ops Belang di Jalan Kuching dan Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur pada tengahari Selasa.
 
Ops Belang merupakan gabungan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara bersepadu bersama agensi-agensi sahabat melibatkan kenderaan persendirian atau kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan am trafik, halangan lalulintas, tahap kebersihan kenderaan dan permit kebenaran mengangkut bahan (batu, tanah, simen, batu-bata, kaca, jubin dan lain-lain) yang melalui mana-mana jalan awam sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.
 
Dalam Ops kali ini, sebanyak 94 kenderaan telah dibuat pemeriksaan. DBKL telah mengeluarkan sejumlah 16 notis kompaun pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
 
Pihak PDRM dan JAS turut mengeluarkan 40 kompaun atas pelbagai kesalahan kepada individu / pemilik kenderaan yang telah melakukan kesalahan mengikut bidang kuasa pihak berkenaan.
 
Tindakan khas ini dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL dan agensi berkenaan.
Sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:
 
241550711_428342538854441_7430746623765646961_n
255272219_428342615521100_5309903578260768260_n
255565130_428342582187770_54771011634728440_n
257971486_428342668854428_7125688798968657352_n
en_GBEN