Pelaksanaan Bazar Ramadan WPKL 2021 / Bazar Aidil Fitri 2021 & Pasar Malam Tuanku Abdul Rahman

Pelaksanaan Bazar Ramadan 2021 di WPKL akan bermula pada 1 Ramadan 1442H.
 
Bazar Aidil Fitri 2021 akan beroperasi di Lorong Tuanku Abdul Rahman bermula 17 April 2021 dengan kawalan laluan keluar dan masuk kepada pengunjung.
 
Manakala Pasar Malam TAR (setiap Sabtu) akan beroperasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman dalam bulan Ramadan.
 
Penganjur, peniaga dan pengunjung adalah tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM di ketiga-tiga lokasi ini. Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan penguatkuasaan.
 
Bantu jana ekonomi tapi jangan lupa patuhi peraturan.
 
Selamat Berpuasa.
en_GBEN