Pemakluman Senarai Calon Layak Menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2021 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan DBKL telah bersidang pada 26 Ogos 2021 dan bersetuju untuk memperakui senarai calon yang layak untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan DBKL Bil 2 Tahun 2021 yang akan diadakan secara atas talian (Online).

Calon-calon yang telah mendaftar dan diperakukan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan DBKL Bil 2 /2021 boleh membuat semakan nama dan jadual peperiksaan di bawah:

 ARAHAN KEPADA CALON :

  1. Calon DIWAJIBKAN  hadir sendiri ke Unit Penilaian Perkhidmatan dan Kompetensi, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia di Tingkat 3, Institut Latihan DBKL (IDB) untuk mengambil surat tawaran menduduki peperiksaan yang akan disertakan bersama ID dan kata laluan bagi kunci masuk ke Sistem Peperiksaan Atas Talian (SPAT) DBKL;

  2. Tarikh dan Masa Mengambil Surat Tawaran Peperiksaan (Wakil tidak dibenarkan):

    Tarikh :           06 September 2021 – 17 September 2021

    Masa  :           9.00pagi – 12.00thari

  3. Calon DIWAJIBKAN untuk memahami dan menandatangani BORANG AKUJANJI INTEGRITI CALON semasa mengambil surat tawaran peperiksaan;

  4. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada arahan terkini Kerajaan Malaysia mengenai situasi Covid-19 dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa; dan 

  5. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia Unit Penilaian Perkhidmatan dan Kompetensi (UPPK) di talian 03-9195 5480 atau emailkan kepada peperiksaan@dbkl.gov.my.

Klik Disini Untuk Melihat Senarai Nama Calon

Klik Disini Untuk Melihat Jadual Peperiksaan 2021

en_GBEN