Pemakluman Senarai Syarikat Yang Berjaya Dilantik Dalam Cabutan Kerja Undi Bil. 2/2021 Pada 24 Ogos 2021

Pemakluman bahawa senarai syarikat yang berjaya dilantik dalam Cabutan Kerja Undi Bil.2/2021 Secara Dalam Talian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2021 adalah seperti berikut:

<< Klik di sini untuk Lampiran A>>

Syarikat yang berjaya seperti senarai di atas (LAMPIRAN A) akan dihubungi oleh Urban Transportation Department bagi kategori AWAM dan Mechanical and Electrical Engineering Department bagi kategori MEKANIKAL dan ELEKTRIKAL. Wakil syarikat dikehendaki untuk membawa Kad Undi untuk diserahkan terus kepada jabatan berkenaan. Bagi kad undi yang sedang dikemaskini atau dalam proses pengeluaran kad undi baharu dari Bahagian Pengurusan Perolehan, kad undi tersebut akan diserahkan terus kepada jabatan berkenaan bagi menghadkan pergerakan dan urusan wakil syarikat di kaunter pejabat dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang berkuatkuasa.

<< Klik di sini untuk Lampiran B >>

Syarikat yang berjaya seperti senarai di atas (LAMPIRAN B) adalah merupakan kontraktor standby sehingga Oktober 2021. Tawaran kerja kepada syarikat adalah tertakluk kepada keperluan jabatan pelaksana.

en_GBEN