Pengagihan Makanan Kepada Gelandangan Di WPKL

DBKL telah menerima permohonan daripada NGO dan pihak persendirian yang mempunyai PREMIS untuk menyalurkan sumbangan dan makanan kepada golongan yang memerlukan.

Pihak yang berkenaan mempunyai kemudahan dan membolehkan mereka untuk menyalurkan bantuan terus daripada premis mereka. Disertakan senarai yang telah mempunyai kebenaran daripada DBKL.

Pengagihan juga masih diteruskan melalui 2 Pusat Gelandangan dan 1 Pusat Komuniti kendalian DBKL.

Mereka yang ingin menyumbang perlu menghubungi talian 03 2617 6321 terlebih dahulu bagi tujuan penjadualan.

Teruskan usaha untuk menyumbang tetapi patuhi peraturan.

en_GBEN