Cukai Taksiran

Kenyataan Penting

Bil Cukai Taksiran Perlu dibayar 2 kali setahun iaitu sebelum 28 Februari bagi Penggal Pertama dan sebelum 31 Ogos bagi Penggal Kedua setiap tahun. Jika tiada bayaran, caj notis lewat akan dikenakan berdasarkan Seksyen 147 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis ( Borang E) dipos /diserahkan. Jika gagal, waran tahanan (Borang F) akan dikeluarkan dan tindakan mensita apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya boleh diambil selaras dengan Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bayaran boleh dibuat secara tunai , kad kredit ( Master/Visa/ Amex) , cek ( Berpalang Penerima Sahaja), draf bank dan kiriman wang pos atas nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sila catatkan no akaun, no. telefon dan email pembayar di belakang cek

Penukaran Hak Milik

Bagi tujuan penukaran hak milik, pemilik wajib mengemukakan Borang I & J. Kegagalan berbuat demikian tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976

Pertukaran Alamat Surat Menyurat

Sekiranya terdapat perubahan alamat surat menyurat, pembayar cukai perlu memaklumkan alamat terkini kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta atau muat turun Borang Tukar Alamat Surat Menyurat Terkini daripada Portal Rasmi DBKL dan e-mel ke snjpph@dbkl.gov.my.

en_GBEN