Taman Alam Damai

Taman Alam Damai merupakan sebuah taman awam yang terletak di hujung kawasan parlimen Bandar Tun Razak yang bersempadan dengan daerah Hulu Langat. Taman yang berkeluasan 23.4 ekar ini mempunyai topografi yang berbukit – bukit dan bertingkat. Oleh yang demikian, bagi memastikan kestabilan cerun sedia ada, pembangunan landskap tersebut mengekalkan konsep minimal dan semulajadi disamping menyediakan kemudahan rekreasi pasif dan aktif bagi pengunjung.

Di platform bawah merupakan balai ketibaan yang menempatkan tempat letak kereta dan pondok pengawal. Menyusuri laluan pejalan kaki atau ‘jogging’ trek yang penuh dengan pokok – pokok hutan, pengunjung akan tiba di sebuah kawasan lapang yang mempunyai taman permainan kanak – kanak, ‘fitness station’ dan 3 buah kolam tadahan.

Konsep dan ciri-ciri taman yang berkonsepkan hutan dalam bandar, dimana ciri-ciri flora yang dirancang dan ditanam adalah dari spesis-spesis yang sesuai kehidupannya di Hutan Tropika seperti pokok kayu keras, paku-pakis dan tanaman menjalar. Taman ini juga ditanam dengan pokok buah-buahan dan tanaman-tanaman yang tidak beracun demi keselamatan haiwan-haiwan liar yang terdapat di situ contohnya beburung, serangga dan jenis-jenis tupai.

Di bahagian atas kolam tersebut merupakan ‘axis’ atau pusat kepada Taman Alam Damai iaitu dataran yang menghubungkan taman dengan kawasan perumahan. Sesuai dijadikan kawasan untuk melaksanakan aktiviti berkumpulan seperti yoga, taichi dan lain – lain sepertinya.

Menaiki lagi platform tertinggi untuk taman tersebut merupakan sebuah laluan lurus seperti ‘avenue’ sepanjang hampir 500 meter yang disusun dengan pokok merawan menuju ke penghujung taman yang menempatkan ‘open lawn’ dan ‘plaza skateboarding’.

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

tmn-alam-damai-1
tmn-alam-damai-2
tmn-alam-damai-3
tmn-alam-damai-4
tmn-alam-damai-5
tmn-alam-damai-7
en_GBEN