Program Jalan Pagi Di Jejak Warisan Kuala Lumpur Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur

tn-jejak-warisan-1
tn-jejak-warisan-1
tn-jejak-warisan-2

25 Julai 2020 – Program ini diketuai oleh YBhg. Datuk Nor Hisham A. Dahlan Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama dengan Pengarah – Pengarah Eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pegawai-pegawai kanan DBKL dan jemputan media. Program pada pagi ini adalah untuk mendedahkan apa yang tersirat di Kuala Lumpur kepada yang ramai masih belum mengetahuinya.

Program Jalan Pagi dimulakan dari Lobi Menara 1 DBKL ke Panggung Bandaraya. Awal perjalanan telah dihiburkan dengan persembahan artis budaya DBKL di Panggung Bandaraya dengan persembahan mengenai Kuala Lumpur pada suatu waktu dahulu. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Checkpoint kedua di Laman Masjid Jamek.

Pelbagai maklumat menarik dikongsikan di sepanjang perjalanan Jalan Pagi. Antaranya reka bentuk bangunan Oriental Building yang seakan-akan bentuk radio dan dikatakan antara bangunan paling tinggi di Kuala Lumpur di tahun 1930an.

tn-jejak-warisan-5

Perjalanan diteruskan lagi ke checkpoint ketiga di Laman Bank Muamalat dan ke checkpoint terakhir iaitu di Gua Bukit Bukit Nanas. Antara tarikan menarik di situ adalah Terowong Bukit Nanas. Terowong ini dikatakan berfungsi sebagai terowong rahsia yang yang menjadi laluan keluar masuk, jalan pintas ke kubu dan istana, perangkap pihak musuh dan tempat simpanan harta dan senjata pada suatu ketika dahulu.

Program Jejak Warisan Kuala Lumpur bukanlah hanya sekadar menyingkap kembali kisah silam Kuala Lumpur sebaliknya, menyelusuli semula kehidupan kota Kuala Lumpur di awal pembangunannya.

Nantikan siri-siri Jejak Warisan Kuala Lumpur di Facebook rasmi DBKL.

en_GBEN