Program Tree For Us

Telah berlangsung Program Tree For Us anjuran DBKL dengan kerjasama badan bukan kerajaan alam sekitar Ecoknights bersempena kempen penanaman 1 Juta Pokok di Wilayan Persekutuan pada pagi tadi bertempat di kawasan lapang Lot 44437, Jalan Tasik Selatan.
 
En. Khairulazlan bin Hj. Rahmat, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi bersama-sama peserta program ini dan juga pekerja am jabatan landskap telah menanam sebanyak 35 pokok teduhan yang terdiri daripada 20 batang pokok Syzygium polyanthum (Salam) dan 15 batang pokok jenis Messua ferrea (Penaga lilin) yang telah disumbangkan oleh syarikat Epson Malaysia Sdn. Bhd dan Art of Tree Sdn Bhd.
 
Turut hadir bersama adalah Pn Asyqoh binti Yusof, Pengurus Cawangan Bandar Tun Razak.
261308838_433808884974473_3318408539495387050_n
259665275_433809014974460_2015440143732746569_n
258867910_433808978307797_8664854286870207070_n
259978068_433808934974468_3626841074773623543_n
en_GBEN