Taman Tasik Ampang Hilir

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Tasik Ampang Hilir
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Tasik Ampang Hilir

Taman Tasik Ampang Hilir meliputi keluasan keseluruhan seluas 16 hektar dengan keluasan tasik adalah seluas 12 hektar. Pembangunan Taman Tasik Ampang Hilir ini berlandaskan Konsep Pembangunan Lestari yang menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah yang berintegrasi dengan alam sekitar untuk orang ramai di sekitar kawasan Ampang, Kg.Pandan dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Selain itu, kawasan ini juga menyediakan pelbagai fasiliti yang dapat memenuhi keperluan sama ada aktif ataupun pasif bagi pelbagai golongan sama ada diperingkat warga emas, belia dan termasuklah kanak-kanak.
Bagi mereka yang ingin mengadakan aktiviti secara ‘indoor’, taman ini menyediakan sebuah dewan yang menyediakan kemudahan sukan seperti badminton dan bola jaring. Dewan ini juga terbuka untuk mereka yang ingin mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan aktiviti sosial juga. Tempahan dewan boleh dibuat dengan melayari laman web https://appsys.www.dbkl.gov.my/kl-spef atau menghubungi Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan di talian 03-26176289.

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ‘outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Senamrobik, penggambaran dan aktiviti lain-lain aktiviti sosial, boleh membuat tempahan dengan menghubungi Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi (En. Fuad di talian 013-6663256).

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

1447967
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

28-03-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Tasik Ampang Hilir
Skip to content