Tindakan Penguatkuasaan Di Sekitar Luar Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur

Sekitar luar PHSKL kini dalam pemantauan dan kawalan oleh DBKL bagi memastikan tiada aktiviti perniagaan tanpa lesen samada daripada warga tempatan mahupun warga asing.
 
Tindakan dan pemantauan berterusan ini bagi memastikan prasarana baharu itu dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh pengguna mahupun peniaga yang berlesen.
 
Orang awam dinasihatkan untuk berurusan terus di PHSKL untuk mendapatkan keperluan harian dan tidak menyokong aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan di luar PHSKL. Usaha ini secara tidak langsung dapat membantu peniaga kecil yang berurusan secara sah di PHSKL.
 
Orang awam juga disaran menyalurkan maklumat terus kepada DBKL di Pusat Panggilan Setempat di talian 1 800 88 3255 jika terdapat aktiviti perniagaan berlaku di luar PHSKL. Kerjasama awam adalah amat dihargai.
Pasar_Harian_Selayang_Kuala_Lumpur_(PHSKL)
Pasar_Harian_Selayang_Kuala_Lumpur_(PHSKL)1
Pasar_Harian_Selayang_Kuala_Lumpur_(PHSKL)2
Pasar_Harian_Selayang_Kuala_Lumpur_(PHSKL)3
en_GBEN