Usaha Selamatkan Sahabat Jalanan Diteruskan

Kuala Lumpur, Sabtu 9 Oktober 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWP) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Menyelamat Gelandangan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur tengah malam tadi.
 
Dalam operasi bersepadu kali ini, sejumlah 73 orang gelandangan telah diselamatkan terdiri daripada 41 orang Melayu, 8 orang Cina, 18 orang India dan 6 orang bukan warga negara.
 
Kesemua sahabat jalanan yang diselamatkan ini telah dibuat ujian saringan kesihatan Covid-19 oleh JKAS DBKL dan saringan air kencing oleh AADK.
 
Sahabat Jalanan yang diselamatkan ini dibawa ke Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tuanku untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut pihak yang berkaitan.
240528003_402490718106290_8883118260535518827_n
241193380_402490681439627_2956395703616428770_n
241193402_402490811439614_6089664336033132935_n
241336746_402490771439618_3956675283241357811_n
en_GBEN