YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur turun padang meninjau fasiliti Kompleks Letak Kereta Bertingkat Park & Ride di Sg Besi dan Tempat Letak Kerata PT 80 di Lorong Bunus Kuala Lumpur.
Beliau melihat keadaan semasa fasiliti tersebut dan mengenalpasti beberapa penambahbaikan seperti pembayaran secara elektronik (cashless) untuk kemudahan para peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut.
Turut hadir YBhg. Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Pengarah Eksekutif (Pengurusan) dan Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta DBKL.