Garis Panduan Dan Syarat-Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras (Liquor Yang Memabukkan) WPKL

DBKL telah memuktamadkan Garis Panduan (GP) dan Syarat Permohonan Lesen Minuman Keras WPKL bertujuan untuk mengawal kemudahdapatan penjualan dan pengambilan minuman beralkohol serta kawalan keselamatan, kesihatan warga kota.
 
GP ini akan menjadi rujukan kepada semua pihak berkaitan yang akan digunapakai dalam memproses permohonan baharu serta pembaharuan Lesen Minuman Keras di WPKL.
 
GP dan syarat ini telah disemak dan dibuat penambahbaikan melalui perbincangan dan permuafakatan bersama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, pihak berkepentingan dan NGO.
 
GP dan syarat ini boleh disemak melalui pautan di http://elesen.dbkl.gov.my (lihat di bawah tajuk Jenis Lesen – perkara no. 5) dan mula berkuatkuasa 15 November 2020.
ms_MYMS