Pada hari ini, YB Dr Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah melancarkan Garis Panduan Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 bertempat di Auditorium Bandaraya, Menara DBKL 1, Kuala Lumpur.
Objektif garis panduan ini dihasilkan adalah bagi menerangkan kepada pihak berkepentingan khususnya pemain industri mengenai keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi dalam menghasilkan pembangunan yang terbaik dari segi susun atur, reka bentuk serta kesesuaian dengan kawasan persekitaran, dan paling penting adalah garis panduan ini disediakan bagi memenuhi keperluan kepada tren pembangunan terkini.
Kandungan garis panduan yang dihasilkan ini meliputi aspek keperluan yang perlu dipatuhi seperti spesifikasi pembangunan, piawaian keperluan, kawalan serta insentif yang diberikan dan langkah serta tatacara pematuhan dalam membuat permohonan perancangan
Garis Panduan ini, diharapkan akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang lebih terancang, tersusun dan mapan dan secara tidak langsung dapat membawa impak positif yang akan diterima oleh warga kota selaras dengan dengan matlamat dan visi Kuala Lumpur “Bandar Untuk Semua”.
Hadir bersama dalam majlis tersebut adalah, YBhg Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.