Hapus Aedes Cegah Denggi, Tidak Peduli Maut Menanti

DBKL melalui Jabatan Kesihatan dan Alam sekitar telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Parlimen Wangsa Maju, Pejabat Cawangan Wangsa Maju, SwCorp dan Alam Flora melaksanakan Gotong Royong Kendiri di Perumahan Blok D, Seksyen 1 Wangsa Maju pada 21 Januari 2024.

Kerjasama daripada Persatuan Penduduk Blok D serta penduduk setempat amat menggalakkan. Penduduk dikehendaki membersihkan kawasan dalam dan luar rumah. Kakitangan Pejabat Kesihatan Parlimen Wangsa Maju menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah untuk tujuan mengenalpasti tempat potensi pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes serta memberi pendidikan kesihatan dan nasihat kepada penduduk.

Sebanyak 4 unit lori dan 1 unit  shovel truck disediakan bagi mengangkut barang2 lusuh yg menjadi tempat potensi pembiakan nyamuk aedes. Pembersihan persekitaran dan cantasan pokok-pokok berpelepah serta pokok-pokok rendang dilakukan atas kesedaran penduduk bahawa ianya merupakan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Penduduk yang selesai membersihkan persekitaran rumah masing-masing hadir dengan keterujaan bertanya soalan kepada kakitangan kesihatan bertugas. Penduduk yang berminat boleh mendapatkan racun jentik-jentik jenis Abate daripada booth yang disediakan.

DBKL menyeru warga kota Kuala Lumpur menitik beratkan kebersihan di persekitaran rumah masing-masing. Luangkan sedetik waktu dihujung minggu dengan membuat pemeriksaan kendiri tempat pembiakan nyamuk aedes. Lupuskan dan buang barang lusuh yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit  1975 denda tidak melebihi RM 500 akan dikenakan terhadap pemilik premis sekiranya tempat pembiakan dijumpai oleh kakitangan kesihatan. Oleh itu, ambil tindakan segera dengan tindakan cari dan musnah.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Hapus Aedes Cegah Denggi, Tidak Peduli Maut Menanti

Previous Aktiviti Perniagaan Di Taman Tasik Titiwangsa Akan Dipantau

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2539507
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

18-05-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Hapus Aedes Cegah Denggi, Tidak Peduli Maut Menanti
Skip to content