Hari Sungai Sedunia

Sambutan Hari Sungai Sedunia diraikan pada setiap Ahad terakhir bulan September.
 
Pagi ini, YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama TYT Dr. Joachim Bergström, Duta Sweden ke Malaysia menyertai aktiviti Plogging di sekeliling Kolam Takungan Sungai Bunus.
 
Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif yang dianjurkan oleh Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) dengan kerjasama Kedutaan Sweden, Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur, Alam Flora dan juga rakan kongsi LA21KL antaranya EcoKnights, BERNAMA, Perpustakaan Negara Malaysia.
 
Terma Plogging diambil dari perkataan Bahasa Sweden, “plocka upp (pick up)” dan perkataan Inggeris iaitu jogging. Aktiviti yang diperkenalkan di Sweden ini merupakan aktiviti berjoging sambil membersihkan kawasan persekitaran.
 
Hasil aktiviti ini, sebanyak 64kg sampah telah berjaya dikutip oleh para peserta dan direkod bagi tujuan data audit berkaitan jumlah sampah yang dibuang di tebing sungai.
 
Turut hadir YBhg. Dato’ Hj. Che Roslan bin Che Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Zain bin Hj Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora dan Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam, Timbalan Pengarah JPS WP Kuala Lumpur.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Bersama kita menjaga sungai kita untuk kelestarian alam sekitar.
5.242693271_2731381193821696_3908221137573792108_n
6.242720175_2731381260488356_6378174714571649599_n
7.243012769_2731381313821684_2102668559209569392_n
8.242674027_2731381767154972_6533871238582822589_n
Skip to content