Hebahan Pendaftaran Perkhidmatan Perunding Secara Atas Talian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menjalankan integrasi bagi modul perkhidmatan perunding di bawah sistem e-Perolehan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang merangkumi pendaftaran pembekal (syarikat), pembaharuan maklumat pembekal, pembelian dokumen tender dan lain-lain yang berkaitan proses perkhidmatan perunding. Sistem e-Perolehan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur boleh dilayari di pautan seperti berikut;

Pautan : https://eperolehan.dbkl.gov.my

2.         Seiring dengan matlamat negara dalam membendung penularan wabak COVID-19 serta memperkasakan strategi pendigitalan penyampaian perkhidmatan kerajaan pasca-COVID-19, bermula 1 Mac 2022, pendaftaran pembekal baharu bagi perkhidmatan perunding  boleh dibuat dengan mendaftar di sistem e-Perolehan menggunakan alamat emel yang AKTIF, melengkapkan maklumat syarikat dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut;

      1. i) Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
      1. ii) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat oleh Kementerian Kewangan Malaysia beserta jadual kod bidang di Lampiran A
  1. Pendaftaran pembekal baharu bagi perkhidmatan perunding akan dikenakan caj sebanyak RM100.00 setahun. Bayaran pendaftaran pembekal baharu hendaklah dibuat secara atas talian. Pengesahan pendaftaran pembekal baharu ini akan disahkan setelah maklumat syarikat lengkap diisi dan bayaran pendaftaran pembekal baharu berjaya dibuat.
  1. Pembaharuan / pengemaskinian maklumat syarikat boleh dibuat pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk menggunakan alamat emel dan kata laluan yang telah ditetapkan semasa pendaftaran pembekal baharu seperti di para 3.
  1. Kepada pembekal yang telah berjaya disahkan seperti di para 2, 3 dan 4, pembekal boleh membeli dokumen tender secara atas talian apabila terdapat iklan perkhidmatan perunding.

  2. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pengurusan Perolehan di talian 03-2617 6711 atau emel kepada eperolehan@dbkl.gov.my.