Idea Belanjawan DBKL 2023

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah organisasi yang mentadbir bandar raya Kuala Lumpur.

Pelbagai program melibatkan pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan perbandaran dilaksanakan secara terancang dengan tadbir urus yang cemerlang untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan warga kota berteraskan peruntukan undang – undang yang sedia ada.

Oleh itu DBKL mempelawa semua warga kota untuk mengemukakan idea dan cadangan bagi penyediaan Belanjawan DBKL 2023 melalui portal ini.

Skip to content