Iklan Jawatan Kosong : Pekerja Sambilan Harian (PSH) Pegawai Psikologi

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

A. JAWATAN

Pekerja Sambilan Harian (PSH) Pegawai Psikologi. 

Keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran sebagai Kaunselor daripada Lembaga Kaunselor Malaysia.

Klik Di Sini Untuk Melihat Iklan Penuh

B. UMUR
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

C. CARA MEMOHON

  1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL .
  2. Calon yang mempunyai Ijazah dan Sijil dari institusi pengajian tinggi swasta dan luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/
  3. Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM dan sijil-sijil bagi jawatan berkaitan atau resume sehingga dihubungi untuk temu duga.

CATATAN

  1. Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
  2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

TARIKH IKLAN DIBUKA : 28 OGOS 2021 (SABTU)

TARIKH IKLAN DITUTUP : 11 SEPTEMBER 2021 (SABTU)

ms_MYMS