Iklan Jawatan Kosong Pelbagai Skim

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

A. JAWATAN
  1. PENERBIT RANCANGAN GRED B41 (KONTRAK)
  2. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29 (KONTRAK/TETAP)
  3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (KONTRAK/TETAP)
  4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29 (KONTRAK/TETAP)
  5. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM) GRED JA19 (KONTRAK/TETAP)

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Iklan Penuh

B. UMUR
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

C. CARA MEMOHON

  1. Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu www.dbkl.gov.my dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL .

  2. Calon yang mempunyai Ijazah, Diploma dan Sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

  3. Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Diploma, STPM, STAM, Sijil Matrikulasi, SPM, SVM, PT3, PMR, dan sijil-sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.

CATATAN

  1. Borang Permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.

  2. Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tuan/puan tidak berjaya.

TARIKH IKLAN DIBUKA : 10 SEPTEMBER 2022 (SABTU)

TARIKH IKLAN DITUTUP : 24 SEPTEMBER 2022 (SABTU)

Skip to content