Iklan Jawatan Kosong Pelbagai Skim : Temu Duga Terbuka Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

A1. JAWATAN (DIPLOMA)
  1. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (INVENTORI POKOK)
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIRĀ 
  3. PENOLONG JURUTERA (MEKANIKAL)
  4. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Iklan Penuh

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Jadual Temuduga Terbuka

A2. JAWATAN (SPM)
  1. PEMBANTU TADBIR (KERANI OPERASI)
  2. PEREKA (GRAFIK)

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Iklan Penuh

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Jadual Temuduga Terbuka

B. UMUR
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tahun 2022.

C. CARA MEMOHON

  1. Calon-calon dikehendaki melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.

  2. Calon yang mempunyai diploma / sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php atau http://www2.mqa.gov.my/mqr/

CATATAN

  1. Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;

  2. Etika Pemakaian
    (a) Mestilah berpakaian kemas, pakaian formal dengan warna yang bersesuaian. Kasut hendaklah bertutup dan berwarna gelap.

    (b) Calon lelaki perlu memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (lengan baju tidak boleh dilipat) dan seluar slack berwarna gelap paras buku lali. Rambut mestilah disikat rapi dan kemas. Sekiranya menyimpan misai atau jambang, hendaklah dicukur/dipotong dengan rapi.

    (c) Calon wanita perlu memakai pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing atau Two/Three Piece Suit. Sekiranya tidak bertudung, rambut hendaklah kemas dan tidak diwarnakan dengan warna selain warna rambut.

  3. Kegagalan calon menyediakan dokumen dan mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan seperti di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Temu Duga Terbuka ini.

TARIKH IKLAN DIBUKA : 22 NOVEMBER 2022 (SELASA)

Skip to content