Iklan Jawatan Kosong : Pemandu Kenderaan Gred H11 (Kontrak / Tetap)(Lelaki/Wanita)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

A. JAWATAN

Pemandu Kenderaan Gred H11 (Kontrak/Tetap) (Lelaki/Wanita)

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Iklan Penuh

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Jadual Ujian Khas Terbuka

B. UMUR
Calon-calon hendaklah berumur 21 tahun hingga 35 tahun pada tarikh Ujian Khas Terbuka.

C. SYARAT LESEN MEMANDU

Calon-calon hendaklah memiliki lesen memandu kelas E/E1/E2 (Lesen kenderaan bas dan lori sahaja), yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P).

D. SYARAT PELANTIKAN

Calon-calon dikehendaki melayari portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.

E. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Khas Terbuka:

  1. KAD PENGENALAN;

  2. SIJIL KELAHIRAN;

  3. SIJIL PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR);

    *SLIP KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TIDAK DITERIMA;

  4. SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;

  5. LESEN MEMANDU KELAS E/E1/E2, YANG MASIH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) KECUALI LESEN MEMANDU DALAM TEMPOH PERCUBAAN (P);

  6. SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.

CATATAN

  1. Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;

  2. Calon dikehendaki berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan;

  3. Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Khas Terbuka ini; dan

  4. Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Khas Terbuka sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

TARIKH BUKA IKLAN   : 20 JULAI 2022 (RABU)

Skip to content