Iklan Jawatan Kosong : Pembantu Awam Gred H11 (Kontrak / Tetap)(Lelaki/Wanita)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut:

A. JAWATAN

Pembantu Awam Gred H11 (Kontrak/Tetap) (Lelaki/Wanita)

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Iklan Penuh

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Jadual Ujian Lasak Terbuka

B. UMUR
Calon-calon hendaklah berumur 18 tahun hingga 25 tahun pada tarikh Ujian Lasak Terbuka.

C. SYARAT PELANTIKAN

Calon-calon dikehendaki melayari portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.

D. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Khas Terbuka:

  1. KAD PENGENALAN;

  2. SIJIL KELAHIRAN;

  3. SIJIL PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR);
    *SLIP KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TIDAK DITERIMA;

  4. SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;

  5. LESEN MEMANDU KELAS B2 / D
    LESEN MEMANDU / LESEN MEMANDU TEMPOH PERCUBAAN (P) YANG MASIH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ);

  6. SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.

CATATAN

  1. Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;
  2. Calon dikehendaki berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan;
  3. Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Lasak Terbuka ini; dan
  4. Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Lasak Terbuka sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

TARIKH BUKA IKLAN   : 30 OGOS 2022 (RABU)

Skip to content