Iklan Jawatan Kosong : Ujian Khas Terbuka(Walk-In) Pemandu Kenderaan Gred H11(Kontrak/Tetap)(Lelaki Sahaja)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri Temu Duga jawatan berikut:

A. JAWATAN 
  1. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Iklan Penuh

pdf Klik Di Sini Untuk Melihat Jadual Ujian Khas Terbuka (Walk-In)

B. UMUR
Calon-calon hendaklah berumur 21 hingga 30 tahun pada tahun 2023.

C. SYARAT LESEN MEMANDU
(i) Calon-calon hendaklah memiliki lesen memandu kelas E/E1/E2, yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

(ii) Lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) TIDAK LAYAK.

D. SYARAT PELANTIKAN
Calon-calon dikehendaki melayari portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.

E. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Ujian Khas Terbuka (Walk-in):

i) KAD PENGENALAN;
ii) SIJIL KELAHIRAN;
iii) SIJIL PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR);
*SLIP KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TIDAK DITERIMA;
iv) SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;
v) LESEN MEMANDU KELAS E/E1/E2, YANG MASIH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ);
vi) LESEN MEMANDU DALAM TEMPOH PERCUBAAN (P) TIDAK LAYAK.
vii) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.

CATATAN

  1. Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;

  2. Calon dikehendaki berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan; 

  3. Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Khas Terbuka (Walk-in) ini; dan

  4. Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Khas Terbuka (Walk-in) sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

TARIKH IKLAN DIBUKA : 20 SEPTEMBER 2023 (RABU)

Skip to content