A. MAKLUMAT PERMOHONAN
Pelawaan dibuka kepada semua syarikat pembekal makanan dan minuman beralamat di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Selangor yang menyediakan perkhidmatan katering bagi majlis keraian terutamanya majlis perkahwinan, untuk menyertai panel katerer Dewan Perdana Keramat Mall bagi tahun 2024 hingga 2025.
Permohonan akan dinilai berdasarkan tiga (3) peringkat seperti berikut:
- Borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap
- Penilaian pematuhan terhadap kriteria-kriteria tempat memasak/dapur yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL ketika lawatan dijalankan
- Sesi ujian makanan (food testing)
Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh waktu pejabat sahaja antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang.