Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Premis Kediaman Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur

A. MAKLUMAT PERMOHONAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa warga kota Kuala Lumpur untuk menyewa unit kediaman milik Datuk Bandar Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan berikut :-

BIL
KAWASAN
UNIT KOSONG
KELUASAN
(kp)
KADAR SEWA (RM/SEBULAN)
CATATAN

1.

Gurney Height,
Lorong Bukit Keramat

1 Unit

910

1,100.00

Sedia ada

2.

Taratak Muhibbah 2, Taman Danau Desa

3 Unit

550

350.00

Sedia ada

B. TEMPOH IKLAN DAN PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Oktober 2023 (Selasa). Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang telah disahkan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-2617 1060/ 1061/ 1062 /1063

Unit Penyewaan Tanah dan Bangunan
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 14,  Menara Bumiputra Commerce,
No 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Perhatian:

  • Pemohon WAJIB menggunakan borang permohonan yang terkini seperti yang diiklankan.
  • Unit – unit kosong berkenaan akan ditawarkan kepada pemohon yang layak adalah dalam keadaan bangunan SEDIA ADA.
  • Permohonan yang lewat akan di tolak.
Skip to content