Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Premis Kediaman Residensi Sungai Udang Segambut Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur

A. MAKLUMAT PERMOHONAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempelawa warga kota untuk menyewa premis kediaman milik Datuk Bandar Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan berikut :-

BIL
KAWASAN
UNIT KOSONG
KELUASAN
(kp)
KADAR SEWA (RM/SEBULAN)

1.

Residensi Sungai Udang, Segambut

897 Unit

807

850.00

B. TEMPOH IKLAN DAN PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan ialah pada 7hb Mac 2022. Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang telah disahkan hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-2617 1060/1061/1062/1063.

Unit Penyewaan Tanah dan Bangunan
Tingkat 14, Menara Bumiputra Commerce
Jalan Raja Laut, 50100 Kuala Lumpur

Perhatian:

  • Unit – unit kosong berkenaan akan ditawarkan kepada pemohon yang layak adalah dalam keadaan bangunan SEDIA ADA.
  • Permohonan yang lewat akan di tolak.