Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Satu (1) Unit Premis Bilik Kaca Di Tingkat Basement (Kawasan Tempat Letak Kereta), Kompleks Perniagaan Keramat Mall, Kuala Lumpur Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

A. MAKLUMAT PERMOHONAN

Pelawaan dibuka kepada mana-mana perniagaan/ syarikat Bumiputera yang berdaftar dan beralamat di sekitar Lembah Klang untuk menyewa satu (1) unit Premis Bilik Kaca di Tingkat Basement (kawasan tempat letak kereta), Kompleks Perniagaan Keramat Mall, Kuala Lumpur Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi tempoh tiga (3) tahun. Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :

Wajib

(i) Borang permohonan sewa
(ii) Dokumen sokongan wajib (Rujuk Perkara 2 Borang Permohonan Sewa)

Pilihan (Wajib ada sekurang-kurangnya salah satu dokumen)
(i) Kertas cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa); atau/dan
(ii) Slideshow pembentangan bagi cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa)

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh waktu pejabat sahaja antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

B. TEMPOH IKLAN DAN PERMOHONAN

Tempoh penerimaan permohonan adalah mulai 28 September 2021 (Selasa) hingga  15 Oktober 2021 (Jumaat) di alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Fasiliti dan Pembelian
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 3, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur   

Untuk sebarang pertanyaan/maklumat, sila hubungi : 

Sr Khadijah binti Hussin                 03-2617 1000/ 03-2617 1108

Noradila binti Sulaiman                  03-2617 1000/ 03-2617 1114

ms_MYMS