Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Satu (1) Unit Premis Bilik NGO 4 Di Tingkat UG, Kompleks Perniagaan Keramat Mall, Kuala Lumpur Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun
Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Satu (1) Unit Premis Bilik NGO 4 Di Tingkat UG, Kompleks Perniagaan Keramat Mall, Kuala Lumpur Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun
Pelawaan dibuka kepada mana-mana perniagaan/ syarikat Bumiputera yang berdaftar dan beralamat di sekitar Lembah Klang untuk menyewa satu (1) unit Premis Bilik NGO di Tingkat UG, Kompleks Perniagaan Keramat Mall, Kuala Lumpur Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi tempoh tiga (3) tahun. Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut :
Wajib
(i) Borang permohonan sewa (ii) Dokumen sokongan wajib (Rujuk Perkara 2 Borang Permohonan Sewa)
Pilihan (Wajib ada sekurang-kurangnya salah satu dokumen) (i) Kertas cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa); atau/dan (ii) Slideshow pembentangan bagi cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa)
Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh waktu pejabat sahaja antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Tempoh penerimaan permohonan adalah mulai 13 Mei 2022 (Jumaat) hingga 2 Jun 2022 (Khamis) di alamat seperti berikut:
Unit Pengurusan Fasiliti dan Pembelian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tingkat 14, Menara Bumiputera – Commerce, No.11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Untuk sebarang pertanyaan/maklumat, sila hubungi :
Sr Khadijah binti Hussin 03-2617 1000/ 03-2617 1093
Puan Noradila binti Sulaiman 03-2617 1000/ 03-2617 1094