Iklan Tawaran Pelawaan Untuk Menyewa Satu (1) Unit Premis Kafeteria 1, Jalan Cenderawasih, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Tiga (3) Tahun

A. MAKLUMAT PERMOHONAN

Pelawaan dibuka kepada mana-mana perniagaan/ syarikat Bumiputera yang berdaftar dan beralamat di sekitar Lembah Klang untuk menyewa satu (1) unit Premis Kafeteria 1, Jalan Cenderawasih, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur Milik Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi tempoh tiga (3) tahun. Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:

Wajib

(i) Borang permohonan sewa
(ii) Dokumen sokongan wajib (Rujuk Perkara 2 Borang Permohonan Sewa)

Pilihan (Wajib ada sekurang-kurangnya salah satu dokumen)

(i) Kertas cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa); atau/dan
(ii) Slideshow pembentangan bagi cadangan konsep perniagaan (termasuk cadangan kadar sewa)

Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh waktu pejabat sahaja antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

B. TEMPOH IKLAN DAN PERMOHONAN

Tempoh penerimaan permohonan adalah mulai 21 September 2023 (Khamis) hingga 11 Oktober 2023 (Rabu) di alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Fasiliti dan Pembelian
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 14, Menara Aras Raya, No.11 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, sila hubungi:

Sr Khadijah binti Hussin                 03-2617 1000/ 03-2617 1093

Puan Noradila binti Sulaiman        03-2617 1000/ 03-2617 1094

Skip to content