Saturday, 8th August 2020 [ 4:44:55 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Piagam Pelanggan

Kami sebagai kakitangan Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan akan memberikan perkhidmatan yang cekap dan efektif dalam melaksanakan fungsi-fungsi jabatan. Sehubungan dengan itu, kami berjanji untuk :

  1. penggubalan
    1. dokumen perundangan
      1. Menyemak dan mengkaji keperluan untuk meminda perundangan setiap lima (5) tahun dari tarikh pewartaan terakhir.
      2. Menyediakan draf pertama perundangan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh arahan diterima, sekiranya maklumat yang diterima adalah lengkap.
    2. dokumen kontrak
      1. Menyediakan draf pertama dokumen kontrak dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan bertulis penyediaannya dikemukakan oleh jabatan-jabatan.
  2. pendakwaan
    1. Memproses dan memfailkan aduan ke mahkamah dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima.
    2. Memaklumkan keputusan kes kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh keputusan diterima dari Mahkamah.
  3. sivil
    1. Melantik panel peguam untuk mewakili Datuk Bandar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh terima saman kes litigasi sivil terhadap Datuk Bandar.
    2. Memaklumkan keputusan kes-kes mahkamah kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh keputusan diterima.