Rabu, 12 Ogos 2020 [ 8:58:25 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Profil Jabatan

Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan adalah sebuah jabatan yang berfungsi terhadap kawalan perniagaan yang terlibat di dalam pengendalian, pengeluaran lesen dan tindakan penguatkuasaan terhadap semua aktiviti perniagaan dan penjaja di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Jabatan ini mengeluarkan lesen premis perniagaan, iklan, hiburan, penjaja dan peniaga kecil, tempat letak kereta, lesen minuman keras, dan lesen pelbagai serta menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh jabatan ini.

VISI

Mewujudkan komuniti perniagaan yang profesional dan berintegiriti bagi meningkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka selaras dengan visi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

OBJEKTIF

    1. Menyedia dan melaksana dasar, program pembangunan fizikal dan modal insan yang relevan kepada komuniti perniagaan dan pengurusan Jabatan

    2. Melaksana proses permohonan dan keputusan bagi semua jenis lesen perniagaan mengikut prosedur

    3. Melaksana penguatkuasaan pematuhan syarat lesen secara sistematik