Jumaat, 14 Ogos 2020 [ 4:34:51 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

Objektif

    1. Menyedia dan melaksana dasar, program pembangunan fizikal dan modal insan yang relevan kepada komuniti perniagaan dan pengurusan Jabatan

    2. Melaksana proses permohonan dan keputusan bagi semua jenis lesen perniagaan mengikut prosedur

    3. Melaksana penguatkuasaan pematuhan syarat lesen secara sistematik

Fungsi

    1. Memproses dan mengeluarkan lesen perniagaan yang merangkumi lesen penjaja dan peniaga kecil, lesen premis, lesen iklan, lesen hiburan, lesen minuman keras, lesen tempat letak kereta, lesen pelelong dan lesen penulis petisyen.

    2. Melaksanakan penguatkuasaan pematuhan syarat lesen terhadap lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan.

    3. Menyediakan pembangunan modal insan yang relevan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil.

    4. Merancang keperluan dan pembangunan pasar dan pusat penjaja yang seragam, teratur dan serba lengkap bagi mewujudkan sistem perniagaan kecil yang lebih sistematik dan bertaraf tinggi.

    5. Melaksanakan kutipan hasil melalui Fi lesen, Sewaan Gerai Pasar dan Pusat Penjaja DBKL.

    6. Mencadangkan penggubalan dasar dan melaksanakan dasar pelesenan yang telah ditetapkan oleh Pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.