Print

Piagam Pelanggan

 

1.  Mengisi kekosongan jawatan lantikan dan kenaikan pangkat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh temuduga / pemilihan;

2.   Mengeluarkan Surat Pengesahan Dalam Perkhidmatan tempoh 14 hari bekerja setelah diluluskan;

3.   Mengemukakan keputusan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) kepada jabatan untuk tindakan dalam tempoh 1 minggu dari  tarikh minit mesyuarat diedarkan;

4.   Menyelesaikan tuntutan bantuan kebajikan yang telah lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja;

5.  Mengadakan temu janji klien bersama kaunselor bagi sesi kaunseling individu dalam tempoh 3 minggu dari tarikh permohonan diterima;

6.   Menyiapkan maklumat bagi tujuan persaraan paksa atau persaraan pilihan 3 bulan sebelum tarikh persaraan;

7.   Memberi peluang kakitangan lantikan tetap menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) dalam tahun pertama lantikan;

8.  Melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan dua (2) kali setahun untuk pengesahan dalam perkhidmatan pegawai dan kakitangan DBKL.

Dikemaskini pada 20.1.2020