Selasa, 11 Ogos 2020 [ 2:15:09 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Profil Jabatan

Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta ditubuhkan pada tahun 1958 dikenali sebagai Pejabat Penilaian Perbandaran. Pada tahun 1975 jabatan ini telah diberi nama baru iaitu Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selaras dengan fungsi jabatan iaitu membuat penilaian dan pengurusan harta. Fungsi utama jabatan adalah membuat penilaian cukai taksiran ke atas kira-kira 631,513 harta persendirian di WPKL yang menyumbang pendapatan sejumlah RM1,238,007,123.94 bagi Julai 2019.

 

Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah Jusa C dan dibantu oleh 2 orang Timbalan Pengarah Kanan W54, dan 2 orang Timbalan Pengarah W52 serta 22 orang pegawai Kumpulan A. Jumlah kakitangan jabatan ini sehingga tahun 2020 ialah seramai 230 orang.

 

VISI


Bersatu tenaga secara cekap dan produktif ke arah meningkatkan hasil pencukaian taksiran DBKL.

 

MISI


Memberi perkhidmatan penilaian harta yang cekap, bermutu, mesra dan tepat.