Sunday, 9th August 2020 [ 5:14:16 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

DBKL Laksanakan Ops Anti Litter Di Bangsar

             tn-ops-anti-litter-1 tn-ops-anti-litter-2

30 Jun 2020 (Selasa) - Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL telah melaksanakan Ops Anti Litter di lorong belakang premis perniagaan Lorong Ara Kiri 1, Lucky Garden, Bangsar.

Turut menyertai operasi ini adalah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Pejabat Cawangan Lembah Pantai, Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL dan Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) yang melibatkan 30 orang anggota petugas.

Sejumlah 19 notis kompaun telah dikeluarkan sepanjang operasi ini iaitu :

  • 2 kompaun - Seksyen 46(1)(b) - Menutup/menghalang parit terbuka atau akuadak di sisi jalan tanpa kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.
  • 7 kompaun - Seksyen 46(1)(d) - Meletak, menyebab diletakkan barang-barang berhubung dengan tred perniagaan di tempat awam.
  • 2 kompaun - Seksyen 47(1)(a) - Meletak, membuang, membenar, menyebab, diletak, dibuang habuk- habuk, kertas, abu, bangkai, sampah kotak, tong karung, lain - lain sampah sarap di tempat awam.
  • 1 kompaun - Seksyen 47(2)(a) - Meletak, menjatuhkan atau membenarkan apa-apa batu, simen, tanah, pasir, kayu atau lain-lain bahan di tempat awam semasa bangunan sedang dibina / diubahsuai / diruntuh.
  • 7 kompaun Seksyen 47(1)(d) Membuang, menumpah, menempat darah, buangan cecair kotoran ke tempat awam/melarut masuk ke tempat awam.



             tn-ops-anti-litter-3 tn-ops-anti-litter-4

Tujuan operasi ini dilaksanakan adalah untuk :

  • Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik premis yang telah membuang sisa binaan di kawasan berkenaan tanpa prosedur yang betul dan lain-lain kesalahan.
  • Tindakan pembersihan sisa binaan oleh pihak AFSB
  • Engagement dengan pihak persatuan penjaja Lucky Garden untuk TIDAK menyimpan peralatan di belakang premis iaitu di lorong belakang Jalan Ara Kiri dan peniaga bersetuju untuk kosongkan dalam tempoh 2 minggu bermula hari ini. Selepas tamat tempoh kawasan itu akan dikosongkan.